Rabu, 8 Februari 2017

BILA PELAJAR SAINS BERCINTA
Di pagi yang indah..

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku. 
Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan 
kesetiaan yg kuberikan. 
Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau 
berikan masih lagi belum sahih. 
Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak 
balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 
'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak
Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses 
pencaran dan perolakan.
Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan 
kita mengalami rintangan? 
Aku : Aku harus menggunakan perintang boleh laras 
untuk mengurangkan rintangan itu.
Kau : Adakah kita akan berpadu secara kimia? 
Aku : Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti 
dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.
Kau : Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan 
bertindak balas dengannya. 
Aku : Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan 
hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
Kau : Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. 
Masihkah kau tidak percaye? 
Aku : Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
Kau : Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan 
kita harus mengalami pecutan yg seragam. 
Aku : Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
Kau : Tapi, imanku adalah infiniti! 
Aku : Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya 
dengan 6x10'23.
Kau : Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi 
tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis. 
Aku : Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.
Kau : Kau betul-betul menyakitkan hatiku ini. Aku sangkakan kau intan, tetapi 
rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian.......

Rabu, 25 Januari 2017

JIRAN SEBELAH

“Hello..Boleh bercakap dengan Ayu ?” Setelah penat mendail, akhirnya dapat.
“Maaf..Encik salah nombor. Di sini tiada ada yang bernama Ayu”
Mungkin tadi Aku yang salah dail.
“Sorry, Terima Kasih” Hilang mood ajak Ani keluar. Petang nanti Aku telefon lagi. Apa Aku buat sekarang? Cuti tanpa apa-apa rancangan. Duduk dekat rumah saja. Kalaulah Aku ada teman wanita, tentu Aku jadi seperti Iman. Keluar dating dari pagi sampai petang. Atau mungkin Aku jadi seperti Along. Pergi bertandang ke rumah bakal kakak ipar, berpeluang untuk beramah mesra dengan bakal abang ipar. Atau mungkin juga Aku jadi seperti Amin. Ada teman wanita tetapi kalau cuti sebegini adalah peluang untuk buat tahi mata!
            Sendirian berhadlah Aku hari ini. Tidak sanggup Aku ikut jejak Amin. Yang membuta dari pagi tadi. Alangkah seronoknya kalau jiran depan rumah yang Aku gelar Cik. Sombong, ajak Aku keluar. Tapi dia bukannya berani. Tangan saja terawang-awang buat isyarat, manalah Aku faham. Lainlah kalau Aku ada belajar bahasa isyarat.  Bukannya Aku tidak teringin untuk layan, tapi cara dia cuba untuk mengenali Aku itu mematikan keinginan Aku. Tiada cara lain mungkin? Atau kehabisan idea. Kalau tidak tahu nombor telefon kenapa tidak datang jumpa atau tanya? Aku tahulah dia wanita, tapi zaman sekarang lain. Bukan perigi mencari timbah, tapi timbah yang cari perigi. Kalau dari jauh begitu dengan isyarat tangan saja, jangan harap Aku layan. Sekarang bukan lagi zaman bersiul atau ketuk botol untuk memikat. Itu cara lama. Tak canggih langsung!
Petang, Aku telefon lagi. Dialognya sama. “Hello, boleh bercakap dengan Ayu?”
“Ayu? Encik yang telefon pagi tadi, kan? Encik salah nombor lagi.”
Hah..!! Salah lagi??? Tidak mungkin!!
“Inikan nombor 019 825..? Aku pasti tekan nombor yang betul”
“Nombor itu memang betul. Tapi sini tiada yang bernama Ayu. Sekejap ya. Saya tanya kawan, kalau ada yang guna dua nama”
            Setahu Aku Ayu hanya ada satu nama saja. Atau mungkin Aku yang tidak tahu kalau Ayu ada panggilan lain.
“Tidak ada Encik. Nanti Encik cuba telefon lagi pukul 10 malam nanti. Sebab ada 3 orang housemate baru. Saya belum sempat lagi untuk berkenalan. Mungkin salah seorangnya bernama Ayu. Ada hal penting krr?” Ramah pula si penjawab telefon.
“Tidaklah penting sangat. Cuma nak ajak berbual, tanya tentang tempat baru. Anyway, Thanks a lot. Kalau ada yang bernama Ayu, beritahu dia, kawan telefon. Malam nanti Aku call back.”

Hmm…apa Aku nak buat sekarang? Pakaian sudah berbasuh. Rumah sudah berkemas. Buku cerita semuanya dah habis di baca. Main playstation seorang diri sajalah. Tengah seronok bermain, terdengar bunyi berdecit-decit. Bunyi tikus besar! Cik. Sombong dan rakan-rakan serumah tercegat dekat balkoni. Tersengih macam kerang busuk.
“Main seorang-seorang krr?” laungnya, sambil memperlihatkan keayuannya. Bodoh! Sudah nampak orang bersendirian bertanya pula.
“Abang..! Nama siapa? Minta phone number? Alaaaa…bolehlah.”
Kalaulah Aku layan, tentu Iman, Along dan Amin terkejut besar. Pasti mereka kata, ‘Something wrong somewhere’
            Iman kata Aku macam tunggul kayu, Tidak ada hati dan perasaan. Along kata Aku sombong pula. Bagi Amin pula Aku bagaikan katak di bawah tempurung. Tidak puas-puas Cik. Sombong mengusik dari balkoni rumah sebelah, berhadapan dengan balkoni rumah Aku. Tidak pernah jemu menjadi penunggu setia setiap kali Aku menjemur kain. Aku buat tidak peduli saja. Jangan kata pandang, jeling pun tidak! Bukanya Aku tidak berminat untuk berkenalan. Bodohlah Aku kalau wanita yang cantik, kemas dan alim macam dia tidak menarik perhatian. Aku boleh terpikat. Tapi Aku tidak berkenan dengan cara dia cuba untuk menarik perhatian Aku. Kalau betul-betul berkawan dengan Aku, pandai-pandailah berusaha. Kalau mahu seribu daya, kalau tidak seribu dalih!
Pukul sepuluh malam, Aku telefon lagi.
“Hello..Encik yang pagi tadi kn? Saya sudah tanya budak-budak baru, tiada pula yang bernama Ayu. Encik pasti itu nombornya?” Suara yang pagi tadi juga. Kerja angkat telefon mungkin, tiap kali Aku telefon, mesti dia yang angkat.
“Betul itu nombornya. Ini blok berapa? Blok A, kan? ”
“Bukan, ini blok B.” Sah! Aku dah salah nombor. Ayu blok A, sama dengan Aku. Kalau Aku tahu dia tingkat berapa, senanglah Aku cari sendiri. Dalam hati Aku!
“Nampaknya memang Aku yang salah nombor. Ayu tinggal di Blok A. Sorry ya, dah 3 kali Aku menganggu”
“Tunggu dulu Encik! Takkanlah nak letak phone? Kita berbual-buallah dulu seminit dua. Lagipun kamu kata hendak cari Ayu untuk ajak berbual. Kamu tidak dapat hubungi dia, jadi apa kata kalau saya gantikan. Itu pun kalau kamu sudi.” Cair Aku terus.
            Apa salahnya layan? Dia tidak kenal Aku. Lagipun Aku sendirian. Along dan Iman sudah tidur. Amin pula keluar menonton wayang midnight show dengan teman wanitanya. Layan sajalah! Maka bermulalah satu cerita, bertanya itu, ini. Tentang diri masing-masing. Namanya Jamilah. Berusia 20 tahun. Dua tahun muda dari Aku. Anak ke-6 daripada 7 adik-beradik, dan berasal dari Kg.Bambu. Aku cuma beritahu nama aku Akiong, berasal dari Kg.Pandan.
“Jamilah, kamu dekat Blok B tingkat berapa?” Rumah bujang mana yang Aku salah telefon ni.?
“Saya tinggal di tingkat 13. Tadi kamu kata telefon dari Kg.Pandan. Tapi suara kamu clear. Macam dalam satu area pula.” Selamat! Bukan rumah Cik.Sombong. Dia dekat tingkat 7, setentang dengan tingkat Aku.
“Betul! Aku dekat Kg.Pandan. Kalau Aku dekat Kg Baru, tidak payah Aku telefon Ayu. Aku cari sendiri. Lagipun, takkanlah Aku telefon dari London pula…” Jamilah ketawa kuat.
“Seronoklah sembang dengan kamu, Akiong. Apa yang saya kata, macam-macam yang kamu jawab. Saya berminat untuk kenal kamu dengan lebih rapat. Apa kata kita jadikan ini permulaan kepada satu persahabatan. Itu pun kalau kamu sudi”
Menarik juga. Lagipun Aku dah lama tiada kawan baru.
“Hmm..boleh juga.”
“So, apa phone number kamu? Nanti boleh saya telefon kamu pula.”
“Huh!! Mana boleh bagi! Nanti dia tahu Aku tipu, bisik hati. Tiga angka telefon yang pertama adalah sama. Nanti dia tahu Aku tinggal di kawasan sama.
“I’m sorry Jamilah. I can’t give u my phone number. Beginilah, kalau Aku rasa bercerita atau bertekak dengan kamu, Aku telefonlah, ok?”
“Mana boleh, kalau saya yang mahu bercakap dengan kamu pula, bagaimana?” Jamilah bertanya serius.
“Aku janji…I’ll call kamu setiap malam. Bergantung kepada situasi Aku sajalah. Kalau kamu rasa bercakap dengan Aku, kamu jeritlah nama Aku kuat-kuat dekat balkoni itu. Aku ni ada 6th sense tau” Aku cuba berlawak.
“Akiong, seriously, saya hendak berkenalan dengan kamu. To be ur friend. Saya bukan main-main. So please Akiong, give me ur phone number. Please”
Wah!! Kaki merayu rupanya dia. Boleh tahan juga. Ada bakat menggoda. Merayu. Boleh cair Aku.
“OK fine, ada pen? Aku tidak ulang banyak kali. So kamu dengar dan hafal baik-baik. Ready?? 019 868...!!” Gengaman telefon Aku letak. Nombor Hp tadi, nombor salah Aku bagi.
            Bermula saat itu, tarikh itu, terjalinlah satu persahabatan. Hanya melalui talian telefon. Tepat Jam10.00 malam Aku akan telefon Jamilah. Bila malam minggu ataupun hari cuti, lamalah berbual. Terkadang hampir dua jam. Aku mulai rindu. Iman terkejut, sebelum ini ramai yang mendekati, ingin berkenalan tapi satu pun Aku tak layan. Penat Iman dan Along cuba jadi match-maker. Tapi tidak pernah Aku menyetujui. Kata Iman, segan dan pemalu yang ada pada Aku tidak bertempat. Hidup Aku cuma buku-buku novel, komputer dan kertas-kertas yang tidak berperasaan seperti Aku. Ribut apa yang melanda, taufan apa yang menyerang. Senang pula Aku melayan Jamilah. Alasan Aku, cuma melalui talian telefon. Bukan berhadapan, sebab itu Aku tidak kisah. Jadi, nampaknya Aku pun sama dengan  si Cik.Sombong itu. Tidak berani berhadapan. Bagaikan meludah ke langit pula. Aku tidak pernah lupa telefon Jamilah lagi. Kenapa? Mungkin Aku terhibur berbual dengannnya. Rasa penat, bosan dan sedih atau marah, hilang setelah mendengar suaranya. Sehari tidak dengar suaranya, rasa tidak lengkap hidup Aku. Macam orang bercinta pula! Dia begitu mudah memahami dan menyelami hati Aku. Bagaikan sudah bertahun saling-mengenali. Terkadang Aku tersenyum sendirian selepas berbual dengannya. Jatuh hati? Gila! Kalau Aku jatuh hati padanya, itu hanya melalui talian telefon.
“Akiong..Sampai bila kita macam ni? Berbual melalui telefon. Itu pun kalau mood kamu OK. Kalau badmood jangan harap kamu telefon saya. Jumpa boleh tidak. Phone number kamu pun tidak bagi. Kamu seperti main-mainkan saya, Akiong. Jamilah merungut.
“Kalau Aku tidak serius, atau hanya mainkan kamu, takkan Aku sanggup buang masa berjam-jam untuk berbual dengan kamu. Banyak lagi kerja lain Aku boleh buat. Cuba fikir, apa untungnya Aku mainkan kamu? Ada Aku dapat hadiah atau sijil ataupun gelaran apa-apa?”
“Kalau kamu serius untuk kawan dengan saya, kenapa tidak jumpa? Sudah tujuh bulan kita kenal. Nombor telefon kamu pun tidak bagi. Kenapa Akiong? Apa sebenarnya yang cuba kamu rahsiakan??” Suara makin berubah. Mungkin marah..
Aku membuat alasan, belum bersedia lagi untuk berjumpa sekarang. Cukuplah kita hanya saling mengenali melalui telefon. Tidak payahlah kita bertemu Jamilah. Aku sayangkan persahabatan ini. Aku cuba memujuk.
“Kenapa tidak jumpa? Saya kata kamu cacat…,dari cerita, kamu normal. Tidak tahu pula kalau kamu tipu. Seingat saya, kamu pernah kata jiran depan rumah selalu kacau kamu, jadi kamu ada daya penarik tersendiri. Cantik atau tidak, saya tidak kisah. Yang penting hati kamu, cantik budi pekerti, maka Hensemlah rupa paras itu. Saya pun bukannya cantik. Hitam, pendek, gemuk bulat! ” Jamilah bersuara geram.
“Aku pula…kulit Aku macam buntut kuali. Muka macam permukaan bulan, banyak bonggol dan kawah. Badan macam kayu balak. Kalau naik bas, senget sebelah. Tentu kita pernah terserempak di KK. Kalau Aku cantik, tentu kamu sudah tertarik.” Aku saja berlawak.

Sebenarnya Aku sendiri tercari-cari. Yang mana satu Jamilah. Setiap kali Aku turun ke Kedai Jimat, atau semasa makan di Tom Yam Corner. Tertanya-tanya itukah Jamilah? Mungkinkah Aku pernah bertembung dengan dia?
“Akiong, kali ini saya betul serius. Kalau kamu benar-benar sayangkan persahabatan ini, kita mesti jumpa. Kalau tidak, cukup setakat ini persahabatan kita. Saya sudah tidak sanggup terseksa seperti ini. Bagaikan berkawan dengan bayang-bayang. Bezanya, bayang-bayang kita nampak cuma tidak ada suara. Langkah seterusnya saya serahkan pada kamu. I really like u, Akiong. You are my special friend. Bye Akiong! I gonna miss u. Ok Akiong, Kbaii.” Di sinikah akhirnya sebuah persahabatan ini? Tidak mungkin!!!
“Alahai Broo..Sudah dua minggu hang monyok. Tidak lalu Aku tengok. Sampai bila? Aku dah kata, bahaya berkawan dengan ‘Radio’. Dapat didengar suaranya, tapi yang wujud cuma kotak yang kaku dan keras. Macam telefonlah.” Sudah beberapa kali Iman menegur Aku.
“Dulu…kalau hang layan si Cik.Sombong tu, ada juga faedahnya. Ini sekarang baru Hang tahu rasanya. Aku nampak dia asyik bergayut. Sama masa dia dengan hang. Aku tidak fahamlah Hang ni? Kenapa Hang tidak jumpa sahaja dengan Jamilah? Takut dia makan? Iman berleter panjang.
“Along pun tidak faham, kenapa Akiong tidak jumpa. Malu? Bukannya jumpa dia tanpa pakaian. Engkau malu tidak bertempatlah Akiong. ” Along menyampuk, marah. Kalau berterusan begini, Aku boleh jadi pekak dengan leteran mereka.
Haaa.. Amin pula datang. Apa pula yang dia mahu leterkan? “Rasa diri tidak Hensem? Kalau tidak Hensem kenapa pula Cik.Sombong depan rumah selalu kacau? Tidak ada kurangnya pada U, Akiong. Cuma U malu tidak bertempat, rendah diri tidak menentu. Atau risau Jamilah tidak Cantik? Takkanlah rupa paras menjadi ukuran? Cuba fikirkan apa yang penting dalam sebuah persahabatan?”
            Apa yang penting atau apa yang Aku mahukan dalam sebuah persahabatan? Semuanya ada pada Jamilah. Dialah teman terbaik dari kaum Hawa yang pernah Aku kenali. Jadi, sanggupkah Aku kehilangan dia? Kehilangan seseorang yang telah menjadi sebahagian daripada diri Aku. Jadi gila Aku nanti! Aku bukannya Hensem, bukannya menarik. Mungkin selepas bertemu nanti, Jamilah berubah. Katanya dia tidak pandang paras rupa, itu katanya yang mungkin umpan untuk bertemu. Tapi Aku akan lebih terkilan andainya Aku kehilangannya begitu sahaja. Maka Aku nekad untuk menghubungi Jamilah semula.
“You made me crazy, Akiong. I miss you! ” sayu suara Jamilah.
“I’m sorry, Jamilah. Aku bukan menyeksa You, tapi Aku perlukan masa untuk berfikir. Tapi, sekarang kamu sudah jadi gila. So, tidak payahlah jumpa. Sengaja Aku menyakat.
“Opss!! Saya sudah OK bila dengar suara kamu. So, bila kita boleh jumpa? This weekend? ” Kalut dia bertanya.
“No, not this weekend. Minggu Depan, ok?”
“OK, asalkan kamu tepati janji.” Suara itu terus galak bercerita hari-hari yang dijalani tanpa suara Aku.
“Sudah tersengih seorang-seorang. Apa yang terjadi dengan Hang ni, Akiong? Eh…Tadi aku jumpa Cik.Sombong dekat bawah. Cantiknya dia. Bila dia senyum, macam luruh jantung hati aku. Nasib baik tidak jatuh. Kalau aku single lagi, tidak payah tunggu . Aku tackle dia dulu” Itam bercerita dengan penuh semangat.
“Lagi-lagi si Cik.Sombong tu! Kalau dia betul-betul mahu kenal, tentu dia datang jumpa, ini tidak, cuma dari jauh saja. Itu tandanya dia tak bersungguh-sungguh. Sudahlah, sudah memang tiada jodoh Aku dengannya, buat macam mana lagi? Hmmm..Aku akan jumpa Jamliah nanti, Aku tidak kisah lagi apa yang akan terjadi selepas itu. Semuanya takdir Tuhan”
Berdebar-debar Aku menunggu saat itu. Amat menakutkan.! Apakah kesudahannya nanti? Pertemuan ini bagaikan memperjudikan satu persahabatan.
“Hello Jamilah.” Sudah tujuh bulan lebih Aku memegang juara panggilan terbanyak dan terlama!
“Hello Dear..Tidak sabar untuk jumpa kamu. Pukul tiga petang nanti, sebelah KFC, IP. Kamu kata pakai baju Blue Jeans dan T-Shirt Freego dan Aku akan pakai baju Hitam Putih Dan Kasut Warna Merah ok, our favourite colours. Kamu jangan berubah fikiran pula.”
“Hai! Dah sepuluh kali kamu ingatkan saya. Cuma saya risau, manalah tahu kamu mainkan saya. Sama ada kamu tidak datang atau kamu suruh teman untuk gantikan tempat kamu.
“Kenapa susah sangat untuk percayakan Aku? Tidak apalah, selepas jumpa kamu nanti, Aku akan pastikan kamu menaruh kepercayaan terhadap Aku!”
“OK Jamilah, Aku pergi mandi dulu. Nanti lambat pula. Bye!”
Iman dan Along tersengih memandang Aku. Dari semalam Aku jadi bahan usikan.
“Akiong.. Aku temankan? Hang Tu pemalu. Kalau Aku ada sekurang-kurangnya dapat selamatkan keadaan”
“Sudahlah Iman. Temankan Akiong konon. Hang Tu dulu lagi teruk daripada Akiong. Keluar masuk tandas 2-3 kali, terketar-ketar untuk jumpa si….” Tidak sudah Along menghabiskan ayat, Iman sudah mengejar. Riuh-rendah, Terpandang ke luar, tercegat Cik.Sombong di balkoni, tersenyum. Aku senyum kembali, tidak rugi apa-apa.

            3:15 petang Aku tiba di tempat yang dijanjikan. Tercari-cari si baju berwarna Hitam Putih dan Berkasut Warna Merah dan memegang sejambak bunga Ros. Mungkin ada yang berpakaian serupanya, tetapi tak mungkin ada yang bawa sejambak bunga Ros. Terpandang sesusuk tubuh. Kenal sangat Aku pada rambut itu. Cik.Sombong!! Pakai Baju hitam pula tu! Buat apa dia dekat sini? Tunggu girlfriend agaknya. Sebelum dia nampak Aku, baik Aku beredar. Kacau daun betullah dia! Tidak sempat Aku bergerak, dia menoleh ke arah Aku. Terkejut! Kaki terpaku di situ. Di tangannya ada sejambak bunga Ros. Tidak mungkin! Hilang kata bual yang Aku hafal malam tadi.
“Akiong? Tidak mungkin kamu Akiong. Akiong tinggal di Kg. Pandan” Tidak tahu pula sama ada dia bercakap dengan Aku atau pun kata-kata itu untuk dirinya sendiri.
“Kamu kata tinggal di Tingkat 13. Kamu tipu Aku! ” Nasib baik suara Aku tidak hilang.
“Saya tidak salah orang kn? So, kamu juga tipu saya. Kata tinggal di Kg Pandan, rupanya tinggal di Rumah depan.” Jamilah tersenyum. Akhirnya berderai ketawa, Aku turut ketawa. Tidak hirau pada mata yang memandang dan telinga yang mendengar penuh minat. Harap-harap tiada wartawan. Nanti jadi bahan berita pula, dalam hati Aku sambil tersenyum sengeh.
“Kalaulah kita berterus-terang, tidak payahlah tujuh bulan tiga minggu untuk jumpa kamu. Tak adalah orang yang dapat gelaran juara bergayut di telefon. Dan tiada hati yang terseksa.. katanya”
“Kita dapat kenal gara-gara Aku salah nombor. Hmm..itulah you, mahu kenal Aku tapi cuma berani dari jauh. Cuba kalau kamu datang, Approach berdepan, pasti sudah lama kita kawan.” Aku melepaskan geram. Penat Aku mencari dan meneka. Rupanya Jamilah adalah jiran depan rumahku!
“Kamulah.. Jual mahal sangat. Saya ingatkan kamu sudah ada girlfriend, sebab tidak pernah ada respon. Kita mulakan sekali lagi OK… Saya, Cik. Jamilah memberi Akiong sejambak bunga ini sebagai tanda bermulanya satu ikatan persahabatan.” Aku menyambut pemberiannya. Aku menggenggam tangannya. Erat…Hangat. Matanya merenung tepat pada wajah Aku. Betul kata Iman, bagai nak gugur jantung hatiku!
“Jamilah, mungkin terlalu awal bagi kamu. Tapi Aku sudah dapat rasakan sebelum mengenali kamu, I know and I’m sure, I’m falling in love with you. No need to say anything about it, not now. Aku tahu kamu perlukan masa. Tapi Aku pasti akan perasaan ini terhadap kamu.”
Dan petang itu, Aku habiskan masa bersama dia. Jiran depan rumah dan teman dalam telefon. Aku sukakan Cik.Sombong dari jauh. Aku terpikat pada Jamilah melalui telefon. Kini, Aku jatuh cinta pada Cik.Sombong ataupun Jamilah dalam pertemuan ini. Aku pasti perasaan itu. Alangkah indahnya dunia ini!
Pulang sahaja ke rumah, Aku diburu pelbagai soalan daripada Iman, Along dan Amin. Pandang ke rumah depan, kelihatan situasi yang serupa. Pasti soalan yang sama, “How’s you date?”

“Begini sajalah…just wait and see. Apa yang terjadi, pasti akan terjadi juga. Sesungguhnya ketetapan dan perlaksanaan adalah darinya. Pasti itulah yang terbaik untuk kita. Hidup, jodoh dan maut ditentukan Tuhan. Jadi, kalau sudah jodoh, ia tidak ke mana bukan?

#Hahaaaa.... what

Selasa, 24 Januari 2017

MENIKMATI KEMANISAN HIDUP

            Kakak saya yang berusia 19 tahun memberi isyarat badan kepada saya dengan sikunya. Seraya itu dia berkata, “Mari kita berlumba.” Saya benci apabila di berkata begitu. Kerana apabila kami berlumba, selalunya dia yang akan menang kerana dia berlari lebih cepat dan pantas berbanding saya. Kami berlumba bagi mendapatkan baldi air yang terbaik. Baldi yang mempunyai pemegang yang lebih besar dan kurang kemik berbanding baldi lain.
            Rutin kami berdua setiap hari adalah mengangkat air. Sambil mengayun baldi besi di tangan, kami meluru keluar melalui pagar karat di hadapan rumah dan menuruni bukit yang sempit dan berdebu. Baldi besi yang kami bawa berlanggaran dan mengeluarkan bunyi ketika menuruni batu-batu yang tersusun seolah-olah tangga. Tangga itu curam, bertompok-tompok dengan lalang hijau, tidak rata, serta dipenuhi batu dan serpihan simen. Pernah terjadi, kami bertembung dengan seekor anjing liar yang sedang mencari makanan. Kami melompat ke dalam lopak lumpur dan terus berlari lalu naik pada sepohon pokok bagi mengelak daripada anjing itu.
            Berjalan pulang ke rumah dengan baldi penuh berisi air adalah sukar. Perjalanan itu mengambil masa yang lebih lama kerana kami terpaksa berhenti berulang kali bagi berehat. Sesekali angin dingin yang berhembus dari pergunungan menyapa wajah kami. Saya juga akan duduk di atas batu sambil melihat kakak membaling batang-batang kayu ke dalam gaung.
            Ada masanya selepas penat bermain di luar, kami akan berlari ke dapur lalu mengambil botol kaca besar yang menyimpan air minuman. Malang sekali, botol itu kosong. Kami kemudiannya cuba menadah di pili air, tetapi hanya beberapa titis air yang keluar. Kami merungut dan mengeluh kerana terlupa untuk mengambil air pada hari itu. Nenek yang sedang duduk membaca Kitab mendongak dan tersenyum ke arah kami. Nenek memakai gaun labuh hitam yang di tenun daripada buluh biri-biri bersama sarung kaki tebal. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap kearah banjaran bukit yang terbentang di belakang rumah kami. Nenek lantas memangil kami dan menunjuk kearah pondok-pondok lumpur kecil yang terdiri di celah-celah kawasan kebun.
            “Kita bertuah,” kata nenek sambil tersenyum penuh makna. “Cuba lihat jiran di sebelah sana, mereka tidak ada bekalan air langsung.” Nenek merangkul tangan saya dan berkata, “Mari, kamu kena bantu nenek”
            Saya duduk bersebelahan nenek di dapur kami yang sempit. Nenek menghulurkan sebilah pisau dan tiga biji kentang. “Kamu kena belajar mengupas kentang.” Nenek mengajar saya mengupas dan memotong kentang-kentang itu lalu dimasukan ke dalam sup yang di masaknya. Selepas memasukkan semua bahan ke dalam periuk, nenek kemudiannya menambah air dari bekas simpanan kami. Tangan nenek yang lemah dan berkedut itu mengangkat periuk lalu meletakkannya di atas api yang dimarakkan dengan minyak tanah.
            Sejam kemudian, nenek mengacau dan merasa sup itu dengan mengunakan senduk kayu yang besar. Nenek berhenti seketika dan berkata, “Boleh tahan, sedap!” selepas itu nenek menoleh ke arah saya dan menambah, “Mari ikut nenek.” Saya menuruti nenek hingga ke pagar tua yang memagari rumah kami. Ketika itu beberapa orang petani dari pondok lumpur yang terletak di kawasan bukit sudah pun menunggu dan berbaris. Mereka duduk di atas tanah yang berdebu sambil tangan kusam mereka menadah tin-tin terpakai bagi mendapatkan sedikit sup.
            Nenek dengan penuh rasa kasih sayang menyenduk penuh sup lalu mengisi bekas-bekas tin yang di bawah oleh mereka. “Apa khabar?” soal nenek kepada mereka. Nenek tidak mampu mengingati semua nama mereka, tetapi itu tidak melunturkan semangat nenek untuk menyapa mereka dengan penuh kasih sayang. Pandangan sayu yang dilontarkan daripada tubuh-tubuh hitam, kusam, dan kering itu seolah-olah menuturkan seribu penghargaan kepada nenek.
            Rasa simpati bersemarak dalam hati saya, tetapi kami mengalami kehidupan yang sama. Timbul pula rasa bersyukur dengan apa yang kami miliki. Selang beberapa tahun kemudian, hasil kerja keras, pengorbanan, dan ketabahan kami sekeluarga, ibu dan ayah akhirnya berjaya melepasi syarat-syarat yang di kenakan bagi berhijrah ke Singapura.
            Di rumah baru, bekalan elektrik sentiasa ada. Bekalan air panas dan sejuk tidak pernah putus lagi. Semuanya bagaikan impian menjadi nyata. Kehidupan kami yang semakin diulitkan kemewahan di Singapura seolah-olah menenggelamkan cabaran lain yang kami alami ketika itu. Akibat tidak memahami Bahasa Inggeris, ibu dan ayah terpaksa mentafsir sendiri iklan kerja kosong di surat khabar. Pernah sekali kami tersilap membeli dan memakan makanan kucing kerana menyangka ia makanan tuna. Ibu juga pernah tersalah membeli seluar yang saya pakai ke sekolah kerana menyangka ia adalah seluar sukan. Kami juga tersalah anggap “One Way” adalah nama jalan. Malah, ayah pernah berterima kasih kepada polis trafik ketika menghulurkan lesennya. Selepas itu baru ayah sedar bahawa ayah kena saman kerana memandu melibihi had laju.
            Tanpa memikirkan kepayahan yang dialami, kami sekeluarga kian menyedari rahmat yang melingkari kehidupan kami di bumi Singapura. Kami bertekad mahu berkerja keras. Berbekalkan semangat yang tinggi bagi menempa kejayaan, kehidupan kami sekeluarga kian dirahmati dan dilimpahi rezeki.
            Masa terus berlalu, suasana kehidupan juga turut berubah. Itulah realitinya. Ayah hilang upaya disebabkan oleh penyakit keturunan, iaitu penyakit mata. Pada usia 22 tahun, saya juga menjadi buta akibat penyakit yang sama.
            Kegelapan ini mengingatkan saya pada kenangan hidup suatu ketika dahulu. semuanya bertukar menjadi gelap tatkala menjelang tengah hari. Kegelapan ini seolah-olah meninggalkan saya keseorangan di dunia. Tatkala dilambung kesedihan, saya teringat akan nasib petani-petani yang tinggal di perbukitan dahulu. Nasib mereka lebih malang berbanding saya. Simboliknya, nasib saya kini lebih baik berbanding orang yang buta sejak kecil. Mereka tidak pernah berpeluang menyaksikan keindahan matahari yang terbenam, kecantikan bunga yang berwarna-warni, dan senyuman yang terukir pada wajah anak-anak mereka.
            Pada usia 22 tahun, saya menjinjit baldi kesyukuran dan memenuhkannya dengan segala bentuk galakan, keazaman, semangat, dan keghairahan. Semangat nenek tetap masih hidup bersama kami.
            Hari ini, dengan cara tersendiri dan melalui kerja-kerja yang dilakukan, saya berkongsi inspirasi kepada orang lain. Saya tabahkan sikap positif bagi membolehkan saya menikmati hari yang ceria setiap pagi. saya tambahkan ketabahan bagi menghilang rasa gundah dan kesedihan. Saya kini lebih menghargai dan mensyukuri setiap detik dalam kehidupan ini. Saya inginkan falsafah ini terus hidup dan semangat ini terus mekar bagi menemani saya menghadapi hari esok. Saya memilih tidak berduka dengan kehilangan mata kasar, tetapi memilih untuk menikmati setiap kemanisan hidup yang dapat dilihat oleh mata halus.


Hanyalah sebuah kisah kehidupan lampau.
KASIH SEBUAH KELUARGA

            Merdu alunan bunyi burung-burung yang berterbangan lalu hinggap pada pokok durian bahagian dapur kecil rumah kami, menandakan pagi sudah tiba. Aku kira hendak meneruskan tidur, ternyata hari semakin siang dan bukannya ke malam. Mugkin tadi hayalan sementara aku. Bila rasa mengantuk dilayan mengikut perasaan, begitulah jadinya. Aku memaksa diri untuk membuka mata yang masih berbuih dan masih teringin untuk meneruskan tidur. Aku keluar dari balutan selimut yang tebal lalu melompat dari atas katil ke lantai. Segar? Cahaya menteri menerangi kawasan rumah. Cahaya-cahaya kecil memasuki rumah melalui jendela. Hati dan perasaan aku tenang lalu bersyukur ke atas nikmat yang Tuhan berikan itu. Aku melihat ke luar jendela, ternyata luas mata memandang. Pemandangan jarak dekat, kawasan kebun atuk sangat cantik. Seperti diolah dan dilakar susun atur pokok-pokok durian dan sedikit pokok rambutan. Di tambah dengan buah-buahnya yang tergantung menghijau tanpa cacat-celahnya. Sinaran mentari sedikit menembusi dedaun pokok durian. Tetiba aku teringin sangat untuk memungut buah durian yang baharu sahaja jatuh dari dahannya. Atuk pula kelihatan seperti seorang pekebun yang berjaya di mata aku. Tidak mustahil bagi atuk, aku tetiba bercakap sendirian. Aku seperti bermimpi, tapi realitinya tidak.
            “Along, jauh fikiran melayang” suatu suara dari sebelah kanan aku. Aku tidak terkejut, sejak tadi Kakak sudah berada dekat aku bagi menyusun buah durian untuk di jual sebentar nanti. Aku cuma takut kalau Kakak terdengar aku bercakap sendirian sebentar tadi. Nanti aku kena fikir yang bukan-bukan. Maklumlah kakak aku Ani lain orangnya, mulut tampayan. Aku memandang ke arahnya sambil tersenyum, “awal kakak bangun”. Aku sengaja mengambil hati terhadapnya. 
            “Adik yang lambat bangun?” Balasnya lalu mengangkat buah durian untuk di muatkan ke dalam lori. Mukanya berpeluh tapi masih bersemangat, sedangkan aku hanya duduk dan melihatnya. Aku berdiri lalu membantunya. Aku rasa bertuah kerana mempunyai seorang kakak yang rajin tanpa mengharapkan adik-adiknya. Aku memandang ke arahnya lalu melemparkan sebuah senyuman manis bagi menghilangkan sedikit rasa penat. Akhirnya kami selesai untuk memuatkan buah durian itu walaupun mengambil masa hampir sejam. Atuk dari jauh kelihatan bermandi basah dengan peluh. Bajunya yang berwarna putih dibasahi peluh memperlihatkan badanya yang sedikit kurus. Atuk tersenyum kearah kami. Jam3.00 petang nanti aku dan akan ikut ke pekan untuk menghantar buah-buah kepada rakan seniaganya dan menjual lebihannya nanti. Aku kagum dengan kekuatan Atuk.
            Beginilah kehidupan di kampung, tetapi bahagia bila dapat bermesra dengan ahli keluarga. Berbanding sebelum ini aku masih di sekolah menengah dan terpaksa tinggal asrama. Hanya sekali dalam sebulan sahaja peluang untuk balik kampung, itu pun setakat minggu kepulangan sahaja selama dua hari. Agak terhad masa untuk bermesra dengan ahli keluarga apatah lagi masa untuk membantu Atuk buat kerja sebegini. Sekarang inilah masa aku untuk bermanja kasih dengan seluruh anggota keluarga.
            Meskipun hidup dalam serba kekurangan dan hanya mengharapkan hasil kebun sahaja, aku tetap berasa bahagia. Sehinggakan aku tidak merasa yang kami hidup dalam serba kekurangan. Pernah suatu ketika dahulu, keluarga kami dilanda kemeskinan yang teramat teruk. Waktu itu aku berumur 13 tahun yang umumnya belum mengerti tentang perihal kehidupan, tetapi aku sendiri dapat merasakan betapa hebatnya kemelut yang melanda keluarga kami dan sehingga kini ianya menjadi sejarah buat keluarga kami. Namun, saat gentir itu bukanlah sesuatu yang memusnahkan kehidupan keluarga kami tetapi bakal mendewasakan. Ketika itulah atuk berkata dengan wajah yang tenang walau dilanda duri-duri kehidupan “Semua ini adalah asas, kebahagian sebenar ialah kasih sayang sesama keluarga.” Aku hanya tersenyum kerana masih tidak memahami apa yang atuk perkatakan itu.
            Sampai suatu masa, aku berselisih faham dan mengakibatkan pergaduhan terhadap kakak akibat keegoan diri ini cemburu melihat Jam tangannya yang dihadiahkan oleh ayah setelah berjaya menamatkan SPM. Atuk segara datang dan berdiri di antara kami berdua, seraya itu atuk berkata “Kebahagian sebenar ialah kasih sayang sesama keluarga.” Saat itu aku mulai memahami maksud kata-kata Atuk dua tahun yang lalu. Aku tahu, setiap keluarga kami mahukah kebahagian. Begitu juga ayah? Sebenarnya aku hanya terleka seketika, tidak terfikir bahawa aku juga akan diberi hadiah sekiranya dapat melepasi peringkat spm nanti. Aku menyesal ke atas apa yang berlaku itu dan segera aku meminta maaf kepada atuk dan kakak. Mulai saat itu, aku semakin berhati-hati dalam membuat suatu tidakan bagi mengelakkan kasih sayang antara kami menjadi pudar.
            Sehingga pada hari ini, keluarga kami tidaklah mengalami perkembangan yang besar dari segi ekonomi kekeluargaan. Namun, kasih sayang menjadi tunggak untuk menjadikan keluarga kami dapat mencari erti kebahagian yang sebenar. Kami tidak menyesal untuk menjadi sebuah keluarga yang serba kekuranan kerana dilenyapkan oleh kebahagian. Menghitung semua itu, aku membuat kesimpulan sendiri tentang kehidupan ini. Dimana, kebahagian dapat dimiliki dengan pelbagai cara dan keadaan. Ia tidak bergantung kepada siapa diri kita dan apa yang kita miliki, tetapi bergantung kepada bagaimana kita mengiplikasikan erti kehidupan dan kebahagian sebenar dalam diri dan seterusnya niat untuk membahagiakan sebuah kehidupan itu. Aku tidak lagi menilai sebuah kehidupan melalui pandangan mata kasar tetapi lebih kepada menilai apa di sebalik kehidupan iaitu kebahagian.

            Kasih sebuah keluarga asas kepada kebahagian. Tanpa kasih tiadalah kebahagian, tiada kebahagian maka kasih itu belum terlaksana. Pepatah itu menjadi moto kehidupan keluarga kami. Aku bersyukur kerana mengalami kisah silam yang begitu banyak memberi pengajaran kepada diri dan kehidupan ini. 
BUNGA-BUNGA CINTA

            Setiap pagi saya duduk termenung di luar rumah kecil kami. Arah mata saya menujuh ke kawasan perbukitan yang indah tersusun rapi. Sambil itu, saya sesekali melihat pada pokok bunga raya yang menegak di dapan rumah hasil tanaman ibu. Setiap menjelangnya waktu pagi, saya menghadapnya sambil memikirkan sebuang pengharapan yang sekian lama berlegar-legar di hati ini. Adik, kakak yang yang berlalu dari tempat biasa saya duduk termenung itu selalu mengejutkan saya kerana menganggap ketagian kepada tempat itu. Mereka hairan melihat semua itu dan kadangkala mereka akan menegur kegaitan murung saya. Namun, saya hanya membalas dengan jawapan yang pendek “Saya hanya ambil angin.”
            Setelah sekian lama saya hidup keseorang tanpa kekasih berbanding adik dan kakak, rasa menyesal mulai timbul di hati ke atas keputusan bersama bekas kekasih untuk mengakhiri hubungan beberapa tahun yang lalu. Hubungan yang semakin rapat dan semakin mendapat sokongan daripada sahabat-sahabat, terutama daripada keluarga sendiri telah berakhir begitu sahaja. Sebenarnya perkara itu yang bermain di fikiran saya salama ini, tetapi saya sengaja untuk tidak memberitahu hal sebenar kepada mereka kerana malu dan lebih daripada itu ialah bukanlah perkara penting untuk di bangkitkan. Adik saya hampir mengetahui hal sebenar. Di sudut hati, timbul sebuah pengharapan kecil tentang perkara itu. Walaupun kini saya kurang lagi untuk berhubung bertanya khabar terhadapnya, namun hati ini berbisik untuk tetap rindu. Itu mungkin petanda kecil?
            Setelah lebih kurang empat tahun kami dalam perhubungan cinta, banyak kisah-kisah yang menarik yang terbina dan itulah sebenarnya yang membuatkan saya teringat kembali terhadapnya. Pada masa itu, kami mula sahkan hubungan ketika saya bakal menduduki peperiksaan Spm dan Pmr baginya. Dua insan yang pada mulanya tidak saling mengenali akhirnya bertemu. Mungkin di takdirkan untuk saling mengenali. Ketika itu kami mnyangka adalah masa yang sangat sukar untuk kami meneruskan hubungan itu kerana masing-masing memikul tugas yang sangat berat. Tetapi anggapan kami sebenarnya salah, ternyata hubungan kami berterusan sehinggalah saya ke peringat stpm dan dia bakal menduduki spm. Pada masa itu, menjadi suatu yang lebih membebankan lagi hubungan kami sebenarnya. Tetapi sekali lagi kami berprasangka buruk tentang hubungan itu, dan ternyata ia jauh lebih bahagia berbanding sebelumnya. Semakin jauh perjalan hubungan itu, semakin banyak kisah-kisah yang telah berlaku. Di situ saya mulai percaya kepada pepatah cinta, “dalam cinta, semuanya menjadi indah.” Hati kami pada masa itu semakin serasi dan keraguan mengenai hubungan itu semakin lenyap di makan kasih sayang.
            Tahun demi tahun pun telah berlalu, hubungan kami sudah melebihi empat tahun. Dan selama itu, benih-benih cinta sudah pun menyubur bagaikan Taman yang dihiasi dan di warnai dengan pelbagai bunga yang berwarna-warni pada musim bunga. Tatkala musim luruh, ianya sentiasa berbunga dan tidak layu. semuanya bagaikan impian menjadi nyata dalam kisah bercinta.
            Tetapi siapa yang menyangka kehadirannya musim panas, bunga-bunga semakin layu. Saya sendiri tidak menyangka keadaan telah berubah. Sesuatu yang manis menjadi pahit, yang ada kini tinggal kenangan. Saya tidak tahu di mana silapnya kami mengatur hubungan itu sehingga akhirnya telah berakhir. Tidak ada lagi impian menjadi nyata, tetapi bagaikan impian telah terkecundang di pertengahan jalan.
            Walaupun begitu, saya tetap berasa positif tentang apa yang berlaku pada diri. Saya menganggapnya ia adalah sebuah takdir dalam percintaan. Menjadi adat dalam cinta tentang perkataan “Putus” dan tiada istilah untuk saling membenci sekiranya berlaku keadaan itu. Malah, saya lebih banyak untuk berserah dan bersandar kepada ketentuan Tuhan. Kerana sebelumnya, saya pernah membaca sepotong ayat dari Novel cinta “Manusia hanya mampu merancang, tetapi Tuhan yang menentukannya.” Tidak semua hubungan itu akan berkekalan buat selamanya.
            Namun begitu, sekali-skala kami akan berhubung tetapi hanya bercerita kosong sahaja. Sesekali kami akan menyebut tentang hubungan yang terjalin suatu ketika dahulu itu. Pernah juga kami menjalin hubungan itu kembali tetapi tidak bertahan lama seperti sebelum ini dan selepas itu, kami tidak pernah berfikir lagi untuk boleh bertemu semula. Bagi saya, hal itu perluh dilupakan segara kerana akan menyiksa diri dan lebih-lebih lagi kepada hati ini. Mungkin dia jauh lebih berpandangan jauh tentang itu dan jauh lebih melupakan saya sebenarnya. Saya pernah mengetahui dia memiliki kekasih baru dan amat bahagia. Di saat itu akan terbukti bahawa saya sebenarnya sakit hati dan perlukan dia. Saya sendiri pernah menjalin hubungan dengan wanita lain selepasnya.
            Siapa menyangka, bunga yang layu boleh berbunga kembali. Itulah realitinya. Semuanya menjadi indah pada waktunya andainya bersandar kepada Tuhan yang lebih berkuasa tentang hal tersebut. Ternyata bunga-bunga cinta menjadi mekar semula. Sebenarnya, hidup dalam dunia percintaan ini semuanya boleh terjadi.? Itu nasihat pendek dari kakak.
            Saya tidak lagi duduk termenung seperti kebiasaan sebelum ini. Adik, kakak saya turut perasan mengenai hal itu dan menganggapnya saya semakin matang pada pandangan mata kasar. Tetapi dalam hati saya, tiada siapa yang menyangka tentang hal sebenar. Sebenarnya di sudut hati kami, selama ini kami saling memerlukan. Namun, keegoan hati menguasai dari menyebabkan hal itu terjadi. Kisah empat tahun itu telah menyedarkan diri dan menjadikan hati ini tabah untuk menjadi yang lebih terbaik di setiap harinya.
            Pada tarikh ini, 30 Disember. Menjadi salah satu hari yang paling indah dalam kehidupan kami berdua. Ianya bukan sejarah, hanyalah sebuah kisah yang menarik antara kami. Antara dua insan yang benar-benar saling memerlukan di beri peluang untuk membuktikan sejauh mana dan sebesar apa sebenarnya kasih dan sayang yang terpendam selama ini. Ianya bukanlah suatu pengakhiran dan tidaklah bermakna kami sudah mencapai hasrat sebenar tetapi kisah itu bakal mendewasakan hubungan kami yang sekian lama terpaku di hati tanpa terungkap.

            Apa yang diharapkan lagi selepas ini ialah keyakinan diri masing-masing dalam menempuh pelbagai cabaran lagi dalam dunia cinta yang semestinya sentiasa menanti. Jauh di lubuk hati, kasih dan sayang amatlah diperlukan. 
HADIAH DARIPADA TUHAN
            Saya berbaring di atas katil yang empuk sambil cuba memikirkan arah tujuan hidup ini. “Wahai Tuhan, apakah yang perlu saya lakukan? Ke manakah arah yang perlu saya tujuh”
            Saat itu tiada sebarang petunjuk menjelma. Oleh itu, minda saya ligat menyenaraikan semua perkara yang berkemungkinan. Antaranya “Memperjuangkan Isu Kelaparan Dunia”. Tiba-tiba satu bisikan suara, “Pergilah ke pasar raya.”
            “Apa? Pasar raya, tidak mungkin!”
Pelik, itu bukannya tempat bagi memenuhi tuntutan rohani dan kebajikan. Itu tempat untuk saya membeli barang-barang keperluan dapur dan rumah! mungkin minda saya masih berserabut memikirkan beberapa barang yang masih belum di beli. Saya mencuba sekali lagi.
            “Wahai Tuhan, apakahyang perlu saya lakukan hari ini? Ke manakah arah yang perlu saya tuju?” Sekali lagi, “Pasar raya” menjelma sebagai jawapan.
            Secara jujurnya, saya terasa lega. Pergi ke pasar raya ternyata seribu kali lebih mudah daripada memperjuangkan isu kelaparan dunia. Lagi pula saya perlu pulang ke rumah sebelum jam 3.00 petang. “Sekiranya lahir perasaan sangsi yang hanya membazirkan hidup kamu, itu adalah kerana kamu yang menjadikan hidup kamu begitu.” Terngiang-ngiang bicara seorang pakar rohani dan motivasi terkemuka, Marrianne Williamson. Secara ringkasnya, saya merasakan diri seperti tidak berguna. Kata-kata pakar rohani dan motivasi itu terus menghantui kotak fikiran saya. saya akui kadangkala perasaan ego menerjah diri ini.
            Dalam keterpaksaan demi mengubah identiti diri, saya mula membaca buku-buku kerohanian. Melalui pembacaan saya dapati  begitu ramai orang yang mendapat petunjuk dalam hidup dengan bertanya kepada Tuhan pada setiap pagi, “Apakah yang perlu saya lakukan hari ini? Ke manakah arah yang perlu saya tuju?”. Sejujurnya, semua kedengaran seperti karut. Mungkinkah saya akan mendapat petunjuk hanya dengan bertanya kepada Tuhan?
            Tetapi, tidak mengapa. Saya akan turutkan sahaja. Mungkin pergi ke pasar raya adalah permulaan untuk saya. Sekiranya saya mampu menyelasaikan tugasan ini, mungkin Tuhan akan memberikan saya peluang menangani isu kelaparan dunia. Lantas, saya bangkit dari katil dan mempersiapkan diri untuk ke pasar raya besar.
            Hari itu saya lebih berhemah ketika di pasar raya, sejajar dengan rancangan saya yang mahu lebih mendekatkan diri dengan tuhan. Sekiranya dahulu saya menolak troli selaju kereta lumba sambil melalui setiap ruang di situ, kini tidak lagi. Saya mematikan telefon bimbit. Semua perkara saya lakukan satu persatu, tidak lagi kelam kabut seperti dahulu. kesannya, saya lebih mudah mengingati barang-barang yang perlu say beli. Ketika sedang beratur di kaunter pembayaran, tiba-tiba saya dilanda kebimbangan.
            Selepas ini saya perlu ke kedai dobi, pejabat pos. saya rungsing memikirkan masa yang saya ada tinggal hanya setengah jam sahaja lagi. jantung say berdegup semakin laju. Saya menarik nafas dalam-dalam. Saya perlu berfikir dengan lebih tenang. Seluruh pemikiran saya berpusatkan kepada kaki saya yang ketika itu tidak henti-henti berdetap. Kemudian semua kebimbangan dalam fikiran saya seolah-olah dirantai. Selepas menarik nafas dalam-dalam, tekanan yang saya alami kian berkurangan. Perasaan lega mengambil ahli tempat di hati saya. fikiran saya terasa lebih ringan seolah-olah tiada bebanan.
            Sampai di rumah, saya keluarkan semua barang dari kereta. Selalunya saya akan merungut kerana perlu naik turun tangga berkali-kali bagi mengangkut barang-barang yang berat termasuk pencuci detergen yang berat. Tetapi, hari itu saya bersyukur. Pertama, saya bersyukur kerana mempunyai wang bagi membeli barang-barang. Kedua, saya bersyukur kerana tangan dan kaki saya masih kuat bagi mengangkut barang-barang ini. Ketiga, saya bersyukur kerana di beri makanan yang mencukupi dan anggota badan saya masih mampu melakukan semua kerja rumah. perasaan syukur yang terbit dari hati saya menjadi semakin jelas. Melihatkan keadaan sekeliling, saya sedar selama ini saya di limpahi rahmat Tuhan.
            “Kenapa dengan abang?” Tanya adik perempuan saya yang penuh curiga. “Abang nampak gembira, tetapi sedikit pelik”
            Ya, saya memang gembira. Gembira sahaja, tiada apa yang pelik mengenainya. Menemui nikmat kesyukuran dalam hidup. Adakah itu satu petunjuk dari Tuhan?
            Seketika itu, kakak saya pulang ke rumah. sedikit awal daripada kebiasaannya. Saya menegur sambil tersenyum. Mukanya pucat lesi dan matanya kelam tidak bercahaya. Bahasa badanya memberitahu ada berita tidak baik yang mahu kakak kongsikan. “Syarikat tempat saya berkerja mengalami masalah keawangan. Saya tidak di buang kerja, tetapi di gantung buat sementara waktu bagi menjimatkan kos syarikat.” Serta-merta perasaan takut dan ketidaktentuan masa hadapan menyelinap ke seluruh tubuh badan saya. apakah yang akan berlaku? Bagaimanakah kami mahu mengharunginya? Badan saya menjadi kaku.
            Saya masih tidak bersedia menghadapi situasi sebegini Tuhan. Saya baru sahaja mensyukuri semua nikmat kehidupan pada pagi tadi. Kini engkau memberi ujian yang begitu berat dan hebat lagi. Tiba-tiba kejadian pagi tadi menerpa di fikiran saya. ada sebab mengapa Tuhan “Menghantar” saya ke pasar raya. Tuhan menemukan saya dengan perasaan syukur sebagai persedian untuk menempuh ujian ini.
            Rupa-rupanya petunjuk yang saya cari-cari selama ini bunkanya ‘apa yang perlu saya lakukan’, tetapi lebih kepada ‘siapa yang perlu saya jadi’. Saya perlu menjadi seseorang yang lebih banyak bersyukur dalam semua situasi, termasuk saat ini, nikmat ini dan ujian ini.
            Sambil menarik nafas yang dalam, saya memeluk kakak dan merasakan panas badannya. Saat itu saya nekad menerima ujian yang diturunkan oleh Tuhan dengan perasaan reda dan menerima seadanya. Kini saya sedar bahawa saya perlu mengubah persepsi saya perihal kehidupan.

            Saya memilih tetap bersyukur, yakin, dan reda dengan ujian ini. Keyakinan adalah ibarat mengetahui bulan sentiasa penuh walaupun kadangkala hanya terlihat secebis bahagian bulan itu. Saat itu saya yakin kami sekeluarga akan dapat mengharungi setiap ujian itu.

Selasa, 22 November 2016

SEBUAH KEBERANIAN


Setelah sekian lama menjalani kehidupan mewah, kini aku di beri peluang pula untuk merasakan kehidupan yang serba kekurangan. Kalau sebelum ini aku rasa senang dengan keadaan hidup yang serba kaya-raya, bagaimana pula bila tiba saatnya aku tidak mempunyai segalanya. Aku sentiasa percaya kepada takdir kehidupan. Walau ada masanya aku mengeluh apabila sesuatu yang dimiliki orang lain aku tidak memilikinya.
Pada mulanya, aku merasa kehidupan sebegini sesuatu yang membebankan. Aku terpaksa berkerja keras untuk mendapatkan nafkah dan rezeki seharian. Kalau sekiranya aku berdiam sahaja di rumah seperti dulu, rezeki tidak akan datang bergolek lagi. Kalau dulu, harapkan ibu untuk bangunkan. Siap dengan masa yang di tetapkan. Kini, aku terpaksa bangun seawal jam5.00 pagi untuk ke kebun. Sedikit sebanyak aku perasan dengan perubahan diri aku bahawa sekarang aku seorang yang lebih berdikari berbanding dahulu.
Namun, sesuatu keadaan yang menyebabkan aku putus asa. Aku seakan-akan putus harapan apabila ditinggalkan pergi oleh orang yang paling disayangi. Setahun yang lalu, ayah pergi meninggalkan aku dan ibu. Sekarang giliran ibu yang pergi meninggalkan aku seorang.? Hidup terasa amat kosong setelah kehilangan ayah dan ibu yang tercinta. Kini tiada lagi yang memberi semangat untuk aku berjuang dalam menjalani kehidupan yang serbah kekurangan. Kini bermulanya kehidupan aku seperti sebatang kera. Di sudut hati, ingin sahaja aku mengikuti ayah dan ibu pergi. Tapi itu suatu perkara yang sangat mustahil dan melampaui batas bagi seorang manusia biasa. Aku hanya memaksa diri ini untuk berfikiran positif keatas pemergian mereka. Tetapi, aku tidak mampu tersenyum lagi?
Setelah kehilangan kedua orang yang disayangi, kehidupan aku mulai tidak teratur. Sebelum ini walupun hidup dalam serba kekurangan, aku masih mampu tersenyum kerana masih menerima kasih sayang daripada ibu. Kini semuanya berubah, aku kehilangan sebuah pengharapan. Kalau dulu sekiranya aku mulai putus asa dalam sesuatu hal, ibu akan memberi semangat supaya aku bangkit semula. Kini, tiada lagi. Aku seakan-akan hilang keberanian untuk melangkah ke hadapan. Di tengah kesusahan, aku lupa akan segalanya. Sehinggakan aku lupa berserah kepada tuhan yang sebenarnya lebih berkuasa dalam hidup aku.
Dalam perjalanan ke kebun, kaki aku tetiba terasa lemah untuk meneruskan perjalanan dan memaksa aku berehat di bawah pepohon pokok bagi mengelak sinaran mentari yang panas menusuk badan. Di situ aku cuba menenangkan fikiran. Aku mengapai ranting kayu dan cuba untuk menulis pada permukaan pasir. Satu persatu kenangan lalu aku tulis pada permukaan pasir itu. Suatu ketika dahulu, ibu membantu aku untuk bangun semula ketika aku terjatuh disebabkan kenakalan. Ayah perna memukul aku ketika aku mengendahkan nasihatnya supaya jangan melawan setiap daripada teguran ibu. Semuanya aku tulis dan secara perlahan terkenang saat indah bersama ibu dan ayah. Aku melangkah beralih ke bahagian pasir lain yang lebih luas untuk menulis banyak lagi kenangan. Kelihatan sebahagian pasir di sebelah kanan aku dipenuhi dengan pelbagai contengan. Contengan itu semuanya tentang kisah lalu juga, mungkin ada seseorang lagi yang hidup dalam kekecewaan seperti aku. Semua perkataan yang tertulis sepadan dengan keadaan aku. Aku meneruskan membaca setiap yang tertulis, lalu terdapat suatu ayat yang gantung untuk aku membacanya “Sebuah Keberanian”. Itu sahaja yang tertulis. Aku cuba mencari sambungan ayat yang paling sesuai untuk itu. “Sebuah keberanian untuk melanggkah ke hadapan, sebuah keberanian untuk berjuang, sebuah keberanian untuk melawan takdir”? semua tentang hidup aku memang sesuai dengan ayat yang tertulis itu.
Aku berdiri lalu menghembuskan nafas. Aku suka melihat perkataan itu. Apa sebelum ini aku dalam ketakutan dalam mengharungi dugaan hidup? Ya, bisik hati aku. Haruskah aku menyimpan sebesar keberanian dalam diri untuk terus melangkah? Ya, bisik hati lagi. Aku semakin berdiri tegak, semakin mendapat aura daripada sepotong perkataan itu. Aku mulai membuat andaian tentang diri aku bahawa sebelum ini memang nyata takut akan kehidupan yang serba kekurangan. Aku perlu bertegas akan diri aku sendiri! Aku berdiri tegak dan memandang ke langit lalu berteriak melepaskan geram sendiri selama ini “Aku Harus Berani!”. Aku bertekad untuk mengubah pemikiran kepada yang lebih matang, bahawa yang lalu biarkan berlalu dan teruslah melangkah ke hadapan untuk membina suatu yang bermanfaat kepada diri.
Aku tidak lagi membuat seberang alasan demi untuk meneruskan kehidupan ini. Aku tidak lagi mengangap diri ini hanya sebatang kera. Malah aku lebih berhati-hati, teliti akan kehidupan yang hanya bersendirian. Aku mulai berfikiran positif dan matang. Meningati cara hidup aku selama ini, aku tersenyum sendiri. Berasa lucu apabila teringat di saat diri berputus asa. Aku kini semakin berani untuk melawan sebuah kehidupan yang dihimpit dengan pelbagai dugaan. Aku membuat keputusan untuk memulakan hidup baru dengan pantang menyerah keatas segala dugaan hidup yang mendatang selepas ini. Saat ini aku sangat gembira kerana menjumpai sepotong ayat yang memberi kesedaran kepada diri ini. Aku sangat terhutang budi kepada seseorang yang menulis sepotong ayat di atas pasir itu. Aku melompat-lompat sambil tersenyum sendiri keatas apa yang berlaku hari ini adalah suatu keajaiban. Aku terasa sangat bersemangat, sehinggakan kaki yang lemah sebentar tadi hilang begitu sahaja. Terima kasih Tuhan, aku tahu semua ini rancanganmu untuk aku yang bersendirian. Aku melambai-lambaikan tangan ke langit lalu meneruskan perjalanan ke kebun.

BY : RIZOL LADIUS